Haramkan Jacklyn Victor

Bangsa Melayu patut mengecam penyanyi Jacklyn Victor dan penulis lirik lagu Harapan Bangsa dalam video yang dimuat naikan di Youtube di mana penyanyi dan penulis lirik itu tidak sensitif dan tidak menhormati penganut agama lain. 

Lirik lagu tersebut antara lain menyebut ”Bapa engkaulah harapan negara ini” sudah jelas menghina Islam yang merupakan agama Persekutuan. 


Lirik ”Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia” amat menghina bangsa Melayu Islam kerana jelas ayat tersebut ‘di bumi Malaysia’. Apakah semua orang di Malaysia mempercayai dan mengharapkan Yesus? Ayat ini benar-benar menghina penganut agama lain di dalam negara ini dan lagu ini terang terang memuja dan memuji Jesus sebagai pembimbing.

Penulis lirik ini sepatutnya peka akan keadaan negara ini yang mempunyai beberapa agama lain bukan Kristian sahaja. Apa lagi majoritinya pula penganut agama Islam. Ada ayat lain berbunyi ”Yesus engkaulah harapan segala bangsa”, bangsa atau kaum Melayu yang semua Islam tidak sesekali pun menaruh harap kepada Yesus. Mengapa lirik lagu itu ditulis begitu? Adakah pada mereka semua rakyat negara ini beragama Kristian?.

Ayat ”setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di taktha mu dan nyatakan bahwa yesuslah tuhanku” sangat menghina umat Islam dan penganut lain. Umat Melayu tidak menyembah Yesus.
Agak hairan penyanyinya Jacklyn Victor yang senang lenang hasil sokongan peminat Melayu tidak sensitif langsung akan perasan orang Melayu yang meminatinya dengan menyanyikan lagu tersebut. Lebih-lebih lagi ayat ”dan nyatakan bahawa yesuslah tuhanku” sungguh biadap. Yesus bukan tuhan umat Melayu Islam negara ini. 

Bangsa Melayu sepatutnya mengharamkan semua album dan persembahan Jacklyn di mana mana tempat. Pihak RTM dan TV3 pun patut mengambil tindakan segera dengan menggam penyanyi ini. Apa yang perlu dibuat adalah bangsa Melayu wajib boikot dan Kementerian Penerangan perlu arahkan media elektronik haramkan Jacklyn muncul dalam mana-mana rancangan tv mereka. 

Biar dia rasakan perit jika tidak sensitif. Bagi pengajaran yang tegas kepadanya. Kita kan bangsa bijak, kenapa perlu dibodohkan sedemikian. Fikirkanlah!

No comments:

Post a Comment