Jangan Longgarkan Kuota Kaum Bukan Melayu Dalam Kakitangan Awam

Saranan agar pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan, menyebabkan ramai yang tersenyum sinis. Apatah lagi bila mendengar alasan iaitu: Jika keadaan ini tidak dapat diubah, akan berlaku jurang yang amat ketara dan akan semakin memburuk sehingga lama-kelamaan akan berlaku kesan sampingan lain.

Cadangan agar kemasukan bangsa bukan MELAYU ke sektor awam dilonggarkan menyerlahkan sikap bangsa bukan Melayu yang dwistandard.

Bangsa bukan Melayu seharusnya tahu yang kelayakan untuk masuk ke sektor awam mewajibkan seseorang itu fasih berbahasa Melayu dengan keputusan kredit di dalam peperiksaan. Ini adalah sesuatu yang semulajadi memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Adalah semulajadi bangsa MELAYU mesti bekerja di sektor awam sahaja kerana bukankah mereka berbahasa MELAYU? Kerajaan Melayu sememangnya pekerja awamnya tentulah semestinya Melayu. Lagipun bangsa Melayu lebih efisien dan cepat dalam menguruskan hal-hal awam.

Bangsa bukan Melayu sedar bahawa penyebab kurangnya kaum mereka diterima masuk ke sektor awam adalah kerana kredit Bahasa Melayu. Adakah kerana itulah mereka menyarankan agar syarat ini dilonggarkan? Bangsa Melayu telah sedia maklum bahawa selama ini, kaum bukan Melayu juga yang begitu beria-ia memperjuangkan sistem merit, maka kenapa pula mereka merungut apabila sistem merit itu tidak menepati citarasaí mereka? Adakah ini salah satu taktik untuk menjatuhkan martabat bangsa Melayu?

Adalah tidak wajar jika kita meminta agar kelonggaran diberikan iaitu menurunkan taraf kelayakan Bahasa Melayu hanya untuk memastikan lebih ramai kaum lain dapat bekerja di sektor awam kerana ia juga bermakna menurunkan standard atau kualiti kakitangan awam terutamanya bangsa MELAYU yang hebat ini.

Sepatutnya bangsa bukan Melayu menyeru agar kaum mereka memperkasakan dan mencintai bahasa kebangsaan sebagai seorang warganegara yang setia bagi mengatasi masalah berurusan dengan sektor awam. Malah, lebih baik lagi jika mereka menyeru agar kaum mereka menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bagi memantapkan bukan sahaja bahasa kebangsaan, tetapi juga perpaduan serta semangat patriotisme terhadap negara ini. Belajar bersama bangsa Melayu akan memperkasakan lagi bahasa dan semangat kecintaan mereka terhadap negara kita ini.

Sebagai rakyat Malaysia, mesti fasih berbahasa Melayu. Bagaimana nak mengaku rakyat tapi tak boleh bertutur dan faham Bahasa Kebangsaan? Bila ditegur, ramai pula bangsa bukan Melayu yang sombong, bongkak kerana mereka perasan orang lain terhutang budi dengan mereka.

Memang tak masuk akal apa yang diminta. Mungkin terlalu bodoh. Maaf saya bukan racist tapi kita jengok kat negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina. Kaum pendatang HAVE NO SAY! Mereka tak boleh minta berlebihan pun. Cuma di Malaysia, negara bangsa MELAYU, semua kaum boleh hidup dalam aman dan damai dibawah payung orang Melayu. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan? KEAMANAN lah yang kita cari. Apalah guna negara kaya kalau tidur tak lena sekiranya ada pergaduhan kaum seperti negara lain. Kalau negara Melayu ini tak dapat bagi kesenangan, migratelah kat US, Australia atau England atau balik ketempat asal nenek moyang mereka.

No comments:

Post a Comment