Forex itu HARAM

Sistem tukaran wang asing menerusi internet (forex) adalah haram bagi umat Islam yang menyertainya. Jawatankuasa fatwa didapati urus niaga berkenaan tidak memenuhi syariah. Setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya. Bangsa Melayu Islam tidak perlu menyertai perniagaan Forex ini kerana ia adalah HARAM.


Urus niaga perseorangan secara internet menerusi orang tengah ini adalah haram disebabkan dalam jual beli ini tidak ada kontrak secara jelas. Individu yang menyertainya juga boleh terdedah kepada untung dan rugi yang tidak menentu dan itu dah tentu tidak baik untuk bangsa Melayu. Namun, pertukaran menerusi bank dengan bank secara rasmi adalah halal untuk disertai dan umat Islam digalakkan untuk menyertainya.

Jika difikirkan betul-betul, memang mengarut forex ini. Forex ini permainan ciptaan YAHUDI. Tanya sekeliling dan buat research, berapa ramai duit orang Melayu hilang macam itu sahaja? Berapa banyak dinar arab hilang tenggelam dalam dunia ciptaan Yahudi? Tak perlu menjadi anti forex untuk mengetahui semua ini atau apa sahaja jalan untuk buat duit tapi ingatlah tiada jalan singkat untuk jadi kaya. Forex itu ibarat JUDI. Technical analysis/Fundamental Analysis semuanya cover up dari spekulasi yang dikuasai oleh Yahudi.
Sesiapa yang terpikir nak buat duit dari forex, sila jauhkan. Banyak lagi sumber duit dari perniagaan yang tiada unsur syubahah. Sesiapa yang tidak pasti sebelum terjunkan diri ke dunia tipu forex, buat sembahyang hajat dan istikarah dan minta petunjuk dari Allah.

Namun masih ramai Melayu yang tidak berpuas hati walaupun pelaburan menerusi Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN) diperbolehkan. Kajian telah dibuat dan pihak bank juga memberikan penjelasan yang meyakinkan di samping penambahbaikan mengikut sistem mudarabah. Majlis Fatwa Kebangsaan juga turut berpuas hati dan tidak meragui sistem terbabit dan pelabur harus mendapat pulangan seperti diterima sekarang.

Lupakan dan jauhi Forex dan melaburlah menerusi Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) sekarang.

1 comment: