Filem Hina Nabi Muhammad

Pelbagai pihak termasuk pemimpin agama dan kerajaan beberapa negara terus mengecam filem menghina Nabi Muhammad yang diterbitkan di California dan dipromosikan oleh aktivis Kristian Mesir yang anti-Islam di Amerika. Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir.

Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam. Sikap berdiam diri kerajaan Amerika ke atas tindakan menjijikkan itu adalah alasan ia terus berlaku. 

Amerika yang sepatutnya bertanggungjawab menghentikan aliran membahayakan dalam menyebarkan penghinaan kepada kesucian Islam cuma berdiam diri. Duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens, dan tiga pegawai negara itu terbunuh apabila penunjuk perasaan menyerang konsulat Amerika di bandar raya Benghazi bagi membantah filem berkenaan dalam satu perhimpunan aman. Mereka turut mengutuk keras tindakan menghina dan tidak berperikemanusiaan dan meluahkan rasa jijik dengan penghasilannya. 

Filem berkenaan dihasilkan rakyat Amerika-Israel yang menyifatkan Islam sebagai barah dan menggambarkan Nabi Muhammad tidur dengan ramai wanita. Di Mesir, penunjuk perasaan memanjat tembok Kedutaan Amerika di Kaherah, dan mengoyak serta menggantikan bendera Amerika dengan sepanduk Islam di dalam satu perhimpunan aman yang lain.

Kepada bangsa Melayu, marilah kita membangun membantah penghinaan terhadap agama kita yang tercinta ini. Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh puak Kafir Laknatullah ini. Membangunlah demi Allah! Membangunlah demi Islam! Membangunlah demi Melayu!

No comments:

Post a Comment