Filem ‘Hantu Bonceng’ hina Islam

Ramai orang Melayu menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem “berbaur penghinaan kepada Islam” diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.

Filem komedi yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah. Terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). Satu lagi adengan ialah ketika zizan dan kawannya memasuki surau mendengar tazkirah dari seorang ustaz. T-shirt merah yang dipakai oleh zizan DEATH...... yang mana huruf t ialah berlambangkan salib..ianya jelas.

Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos 2011 lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Jangan biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.
 
Taubatlah wahai pelawak, jgn berlawak dgn kalimah2 suci, kelak menangis!.

No comments:

Post a Comment